Ayat Seribu (1000) Dinar
SEBAB TURUN AYAT
SERIBU DINAR (AT TALAQ: 2-3)
-Turunnya ayat seribu dinar adalah berkaitan dengan seorang sahabat bernama 'Auf bin Malik al Asyja'i. Anak lelakinya telah ditawan oleh kaum musyrikin. Lalu beliau mengadu kepada Rasulullah saw. Baginda meminta 'Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya (yang bermaksud) :"
"Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu".
⃣Sesungguhnya kata-kata Nabi saw itu benar. Tidak lama selepas itu, anaknya dibebaskan daripada tawanan musuh.Dalam perjalanan pulang anaknya telah terserempak dengan seekor kambing kepunyaan pihak musuh dan dibawanya kambing itu kepada ayahnya.
⃣ Lalu Allah telah menurunkan ayat berikut..
"Siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya".
(Rujukan : HR. Ibnu Jarir)
⃣ Antara fadhilat beramal dengan ayat seribu dinar (at Talak: 2-3)..ialah seseorang ..
👉 akan mendapat rezeki dengan cara yang tidak diduga dan tidak terfikir olehnya.
👉Diluaskan rezeki.
👉Dapat Menghilangkan segala bentuk kesusahan dalam hidup.
👉Memberi ketenangan dan menghindarkan keraguan dalam diri.
#DakwahSentapOfficial
Dakwah Ilmu Allah SWT
Rahsia Asas Rezeki Allah SWT
Kredit buat 👇
Nora Yusof
Penulis Buku FTR.
Comments
Post a Comment