IBU AYAH, JANGAN SEDIH, MENJAGA ANAK JUGA IBADAH.

IBU AYAH, JANGAN SEDIH, MENJAGA ANAK JUGA IBADAH.

Pesan ini untuk diri sendiri sebenarnya dan saya percaya ramai ibu ayah merasakan yang sama.

Realitinya bila jadi ibu ayah pada anak-anak kecil.

Berjuang di bulan Ramadan.

Selalunya ada ujian kita nak solat, tadarus.
Baru nak baca Quran, anak datang,  cuit cuit Quran, baca Quran terintai-intai sebab tangan mereka tutup Quran. Ada tu terkoyak sikit muka surat Quran, minta susu, minta untuk main sekali.
Akhirnya, baca sikit saja.

Tak pun,kena bergilir dengan suami.
Suami baca, isteri layan anak. Isteri baca, suami melayan anak. Begitulah.

Bila nak solat jemaah, kadangkala kami tengah solat, ada yang tiba-tiba menangis nak makan, nangis sebab main, salah seorang kena berhenti dapatkan anak, lepas solat balik. Terlepas jadi makmum muafiq, tak pon terlepas terus pahala jemaah.

Bila terawih, banyak juga ujiannya. Bila kita solat, bergantung di kaki, masuk bawah jubah  , panjat kita, tarik telekung, masuk bawah kaki.

Tarik telekung hingga tercabut ikatan tali,  terdedah sebahagian besar aurat, kena ulang solat balik. Banyak stop untuk layan keperluan mereka. 8 rakaat yang boleh habis dalam 20 minit, jadi sejam.

Ada tu tak sempat nak habiskan 8 rakaat, memanggil nak tidur, jadinya kita kena tidurkan dulu,  sambung solat sendiri saja.
Tak pun, dengan kita sekali tidur keletihan.

Lagi pula,  kami dah hampir 2 minggu toilet training Adam, jadi bila solat, kena break kejap bawa ke tandas. Ada sekali tu bocor atas sejadah. Seorang mufaraqah, pergi basuhkan. Begitulah.

Subhanallah, betul-betul menduga fokus dan semangat nak beribadah.

Ok,  ada yang sama ke dengan situasi ini? 😂

.
--

Saya menangis sebenarnya 4 hari lepas.
Rasa susahnya nak capai target Ramadan kali ini berbanding tahun lepas.
Mungkin anak dah dua,  jadi makin sempit waktunya.
Antara target saya, saya nak banyak tadabbur Quran, nak dengar kuliah yang suami saya bagi dan ustaz lain.
Tapi tak boleh nak buat.
.

Suami tanya kenapa, mungkin melihat wajah saya yang agak muram,  saya terus sebak, berjurai air mata.

" Saya rasa susah nak dengar ceramah, ada saja yang datang ".
.

Saya tak salahkan suami, dia dah lakukan terbaik untuk jaga anak bersama.
Untuk ringankan saya.

Suami saya pun hadapi benda yang sama.
Dia lagilah pening, nak bahagikan masa antara PHD, kerja dan beri kuliah tafsir.
Selalu juga korbankan masa untuk menjaga anak bersama.
Terpaksa baca buku sambil jaga anak.
Walaupun dateline menanti.
.

Saya sambung lagi luahan saya.
"Saya rasa saya kena realistik letak target sambil jaga anak, saya ibu, ginilah lumrahnya kan bila ada anak.Saya pun kena ingat jaga anak pun dapat pahala, " luah saya pada suami. Suami saya senyap je, dia dengar je.
Suami memang pendengar yang sangat baik!

Ya, saya kena realistik.
Saya dah ubah Ramadan Goal saya.

--
Dan ya, bersabar menjaga dan mendidik anak itu juga ibadah yang membawa pahala.
Saya kena teguhkan mindset itu dalam kepala.

Pahala sabar juga besar di sisi Allah.
Saya juga kena sematkan ini dalam hati.

.
--
Sungguh besar sabar itu dalam Islam sehingga di dalam Al-Quran disebut perkataan sabar sebanyak 90 kali.

Sifat sabar merupakan satu sifat yang cukup hebat sehinggakan Allah menyebutnya dalam Al-Quran dalam banyak tempat, tetapi yang paling hebat apabila Allah menyebut didalam

 Surah Al-Baqarah ayat 153 yang maksudnya; Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

--

Ya, Allah bersama kita, wahai ibu ayah yang berjuang untuk sabar.
Ambillah semangat dari ayat Allah.

--

Surah Al-Ankabut ayat yang ke 58 dan 59

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di syurga yang mengalir di bawahnya beberapa batang sungai, mereka kekal didalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh. (59) (iaitu) mereka yang sabar dan mereka yang berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya.

--

Nabi juga menekankan bahawa bersabar itu baik untuk kita.

Sabda baginda Rasulullah didalam sebuah hadis, ertinya; Daripada Syuhaibin telah berkata, telah bersabda baginda Rasulullah: “Sungguh ajaib urusan orang mukmin, semua urusannya adalah baik, dan tidak ada seperti itu melainkan mukmin sahaja. Jika ditimpa kesenangan ia akan bersyukur, maka itu baik baginya. Jika ditimpa kesusahan pula ia bersabar maka itu baik juga untuknya .

 [HR Muslim:2999].

--
Jadi ibu ayah, jangan sedih.
Jangan gundah.

Rasa burn out dan down itu biasa.
Bangun balik dengan suntikan semangat dari janji Allah.

.
Jalani Ramadan tanpa marah tak tentu hala pada anak juga ada pahalanya.
Berbual dengan lemah lembut juga ada pahalanya.
Memberi kasih sayang kepada anak juga ada pahalanya.

Jika anak istimewa pula, atau diuji dengan penyakit, subhanallah, lagi besar dan hebat ganjarannya.

.

Niat kerana Allah.
Semua untuk Allah.
Allah melihat kita.
Allah mengira semua.

Pasti ada ganjarannya.
Anak soleh dan solehah itu anugerah dan nikmat.

Kita tak tahu amal mana yang bawa kita ke syurga.
Mungkin asbab kita bersabar menidurkan anak itu yang memberatkan buku amalan kita.
We never know.

Stay strong, dear parent.
You did your best.

Doakan sesama kita.

Selamat berpuasa!  😊

Kredit buat 👉 Wan Nur Syakira
Yang mujahadah hari-hari.

#catatanparentingsyakira

Comments

Popular Posts