JANGAN LUPA KATAKAN ALHAMDULILAH







Alhamdulillah untuk segalanya.

Tengok anak bergaduh, saling sakat menyakat. Tambahan ketika PKP ini. Semua ada dalam rumah. Riuh rendah rumah dengan bunyi anak-anak. Kejap-kejap ada yang mengadu. Kejap-kejap ada yang menangis. Kejap-kejap menjerit. Kejap-kejap bunyi barang jatuh atau pecah.

grrr....menyirap dah darah.

suami tak bantu kemas rumah dan jaga anak-anak dan asyik dengan game.

hisshhh...geramnyee.

Tunggu!

Sebelum kita marah anak-anak dan suami kita, Tarik nafas Panjang dan hembuskan perlahan-lahan.

Alhamdulillah, anak-anak sihat dan aktif.
alhamdulillah, suami juga sihat dan masih di sisi.

Alhamdulillah, anak-anak sedang belajar bersosial.
Alhamdulillah suami ada di rumah bukan di luar rumah tanpa pengetahuan kita.

Alhamdulillah, anak-anak dan suami ada di depan mata kita lagi sehingga saat ini.

Alhamdulillah, anak-anak sedang membesar, sel-sel otaknya sedang berhubung.
Alhamdulillah suami masih bahagia disisi. hanya komunikasi yang akan buatnya membantu kita. kerana fikiran suami tak sama seperti mana fikiran kita. ya hanya komunikasi.
.
Kita sering mengsyukuri apa yang kita nampak dan dapat sahaja.

Kita sering terlepas pandang atas nikmat yang tak nampak.

Masalah, kesedihan dan ujian juga adalah salah satu nikmat yang tak nampak yang sangat jarang kita syukuri tetapi kita banyak mengeluh kerananya.

Mengapa masalah dan ujian juga adalah nikmat?

Kerana, melalui ujian dan masalah inilah kita mula nampak Allah.

Kita mula mencarinya. Kita mula mengadu padaNya.

Bila di timpa dengan ujian, kita baru menundukkan kepala dan memandang dalam ke dasar hati yang telah lama kita abaikan.

Ya, hati kita sedang ‘sakit’ kerana telah lama tidak di ‘servis’. Kerana sibuk ingin mecapai apa yang kita inginkan yang tak pernah habis.

Sahabat,
Secara fitrahnya, setiap dari kita punyai hati yang sentiasa ingat pada Allah semata-mata. Degupan jantung kita juga sering menyebut ‘Allah, Allah, Allah…’ dalam setiap degupan jantung .tapi tidak pernah kita sedar.

Allah tidak pernah tinggalkan kita. Sentiasa melimpahkan nikmatNya kepada kita tanpa jemu sebagai tanda cintaNya yang tidak pernah berbelah bahagi. Walau kita sering melupakanNya dan melanggar suruhanNya.

Sebab itulah hidup kita di’hiasi’ dengan suka dan duka, susah dan senang, sedih dan gembira. Kerana di saat kita mula menjauhiNya, kita akan lupa akanNya. Lupa untuk mensyukuri setiap nikmat yang diberiNya.dan hanyut dalam khayalan kita.

Tetapi kasihnya Allah pada kita, diberikan nikmat masalah atau ujian dalam hidup kita. Agar kita mula sedar dan kembali kepadaNya semula. Nikmat terbesar adalah nikmat mengingati dan menyedari Allah ada.

Sahabat,
Bagaimana ingin hidupkan hati yang sentiasa ingat padaNya?
Mulakan dengan SYUKUR.

1- SYUKUR atas setiap nikmat yang ada pada setiap inci di tubuh kita. Punyai muka, tangan, kaki, otak dan kesihatan yang tiada peganti. Yang paling utama, nafas yang masih membolehkan kita hidup di dunia ini.

2- SYUKUR atas apa sahaja yang telah kita perolehi. Suami/isteri dan anak-anak yang masih ada di depan mata. Rumah untuk berteduh dari panas dan hujan. Kenderaan untuk mudahkan pergerakan. Pendapatan yang dapat menampung perbelanjaan harian.

3- SYUKUR atas ujian dan masalah yang sedang kita hadapi. Kerana melalui ujian ini kita perolehi pengalaman dan ilmu baru dalam kehidupan. Kita belajar sesuatu melalui kesilapan atau masalah yang sedang berlaku itu.

4- SYUKUR atas apa yang belum kita capai. Kerana Allah lebih tahu bila waktu yang terbaik buat kita. Dia telah susun setiap saat dalam hidup kita ini dengan sangat baik. Tak perlu kita bersedih jika apa yang kita hajatkan belum dimakbulkan lagi. Kerana perancangan Allah adalah yang terbaik.

SubhanaAllah.
Banyak sangat yang kita belum syukuri dalam kehidupan kita kan?

Ayuh sahabat, BAHAGIA itu ada dalam diri kita. Ianya akan mula kita lihat setelah kita mula SYUKUR.

InsyaAllah.

Siti Munirah
Bila syukur kita mula tenang.

Comments

Popular Posts