KONSEP MAN JADDA WAJADA
=============
Apa maksud konsep ni sebenarnya? Maksudnya... Barangsiapa berusaha dia pasti akan berjaya.
.
Dan siapa yang ucapkan ayat ni? ALLAH TUHAN PEMILIK REZEKI.
.
Masalah ramai orang, mereka tak faham konsep ni. Kenapa? Sebab ada masa mereka berusaha mereka rasa usaha mereka, untuk kayakan orang lain, mereka usaha penat penat orang lain yang dapat hasil. Lagi mereka usaha mereka tak dapat apa mereka mahu. Ramai sangat kadang tak sedar konsep ni sebenarnya tak pernah sikit pun Allah menganayai mereka yang berusaha. Sebab mereka selalu lupa rezeki itu RAHSIAnya ALLAH TAALA.
.
Setiap keringat kecil atau besar mereka, Allah janjikan pembalasan. Bila, dimana, bagaimana semuanya dalam rahsia Allah. Tapi bila mereka diuji, mereka terus lupa. Usaha mereka semuanya jadi sia-sia.
.
Sungguh tidak dijumpai atau ditemui dalam mana-mana bahagian Al quran barangsiapa berusaha, Allah mengatakan hasilnya adalah untuk orang lain, untuk mengkayakan orang lain. Orang berusaha, hasilnya kembali untuk mereka yang berusaha.
.
Cuma mungkin pembalasannya itu dilambatkan sedikit sahaja jika mereka sentiasa bersyukur, bersabar dan bersangka baik percaya dengan janji Allah iaitu manjadda wajada.
.
Tiada wujud istilah kita berusaha, orang lain yang dapat. Sebaliknya usaha itu memang hasilnya untuk kembali kepada pemilik usaha jua. Kita nampak mereka dapat, kerana mereka juga berusaha. Bukannya kita sorang. Begitulah.
.
.
Kita selalu rasa tak adil dengan rezeki orang. Padahal kita rasa tak yakin dengan janji Tuhan.
.
.
Kita lupa semuanya datang dariNYA. Dari janjinya. Kita selalu rasa wujud persaingan, dunia sekarang dunia perlumbaan. Dunia siapa cepat dia dapat. Dunia siapa usaha dia yang makan hasilnya. Masalah kita, selalu menyalahkan orang lain dalam mencantas rezeki kita. Padahal barangsiapa berusaha pasti mereka berjaya. Berjaya yang berkat. Berjaya yang sebenar-benarnya.
.
Tak semua orang layak jadi pemimpin atau leader. Hanya yang kuat yang mampu bertahan, bersabar, bersyukur sahaja yang akan jadi leader.
Leader bermaksud pemimpin. Yakni orang yang memikul tanggungjawab dan amanah yang berat. Tanpa ilmu kita takkan jadi leader yang terbaik. Nak jadi leader kena ada banyak ilmu. Ramai leader yang pancit ditengah jalan. Sebab tak semua boleh pikul tanggungjawab ikut konsep manjadda wajada dengan ikhlas hanya semata kerana redha Allah.
.
Kredit buat 👇
Nora Yusof
Comments
Post a Comment